Tentang Clear Output

Clear Output dibina untuk individu yang ingin menulis secara konsisten, tetapi tidak mahu ianya dipaksa-paksa.

Menulis rasa berat dan susah bukan kerana masalah disipin. Ianya kerana sesuatu yang lebih fundamental.

Ianya soal clarity atau kejelasan.

Hampir semua penulisan rasa susah kerana ianya datang daripada kecelaruan mode pemikiran, nota yang fragmented, dan sistem yang tidak lancar. Bila anda tidak pasti apa yang anda fikirkan, apa yang penting, atau apa nak buat seterusnya, penulisan jadi kabur.

Anda rasa ragu-ragu.

Anda overthinking.

Anda berhenti.

Tujuan Clear Output adalah dari 1 kefahaman:

Bila pemikiran anda jelas, output atau hasil yang anda inginkan akan muncul sendiri.

Apa Clear Output

Clear Output ialah sistem mode untuk berfikir dan menulis sebelum anda mula menulis.

Ianya bukan tentang:

  • productivity hacks
  • jadual penulisan yang rigid
  • atau bukan nasihat tentang "kena publish lebih banyak"

Dan ianya bukan soal inspirasi.

Fokus Clear Output adalah tentang:

  • design mode pemikiran supaya idea dan tulisan dapat diterjemahkan kepada sesuatu output
  • membina sistem yang membantu output
  • menjadikan penulisan rasa seperti lebih obvious dan semulajadi

Output menjadi mudah bukan kerana anda try harder, tetapi kerana sistem dan mode pemikiran yang jelas.


Kenapa Sistem Penting

Kebanyakkan orang anggap sistem adalah alat.

Tetapi tidak untuk Clear Output. Clear Output anggap sistem adalah satu environment atau persekitaran.

Persekitaran yang jelas menyebabkan:

  • proses membuat keputusan lebih ringan
  • penulisan lebih mudah
  • konsistensi dilihat lebih natural

Alat seperti Roam, Obsidian dirasakan boleh membantu, tetapi idea utama bukan tentang note-taking apps semata-mata. Clear Output adalah tentang bagaimana pemikiran dan penulisan flow, bukan tentang features baru atau butang mana anda patut tekan.


Clear Output untuk Siapa

Clear Output untuk:

  • asipiring-writer yang rasa stuck diantara idea, nota dan hasil kerja
  • kreator yang struggle untuk konsisten
  • pemikir seperti anda yang mempunyai hanyak diea, tetapi masih struggle untuk terjemahkan menjadi output

Sekiranya anda percara penulisan sepatutnya untuk semua orang dan ianya tidak patut dirasakan sesuatu yang sukar, you're in the right place.


Siapa Saya

Saya bina Clear Output kerana saya pernah mengalami perasaan dan cabaran yang sama.

Saya bukannya tiada idea.

Saya kurang clarity atau kejelasan.

Tetapi bila saya berhenti "cuba menjadi lebih disiplin" dan mula membaiki bagaimana saya berfikir dan sistem bekerja dan berfungsi, penulisan menjadi lebih mudah. Dan akhirnya output yang saya inginkan berjaya diterjemahkan.

Clear Output adalah distilation untuk proses tersebut.

Ianya bukan hacks.

Tiada shortcut di sini.

Hanya jalan kerja yang lebih jelas dan terang.

Ameruddin Ibrahim